WEEK 9 : TAXONOMY BLOOM

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

SENARAI TEMA

  1. Pengetahuan (Knowledge) – Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
    Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
  2. Pemahaman (Comprehension) – Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
    Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.
  3. Aplikasi (Application) – Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.
    Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
  4. Analisis (Analysis) – Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
    Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
  5. Sintesis (Synthesis) – Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
    Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
  6. Penilaian (Evaluation) – Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.
    Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Antara contoh yang ditunjukkan di dalam kelas.